Smart Muslim

價格:免費

檔案大小:38 MB

版本需求:系統需求:iOS 9.0 或以後版本。相容裝置:iPhone、iPad、iPod touch。

支援語言:英語

Smart Muslim(圖1)-速報App

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam membangunkan aplikasi Pendidikan Islam Sepanjang Hayat yang dinamakan sebagai Smart Muslim.

Objektif pembangunan aplikasi ini adalah bertujuan untuk :

Menyediakan satu mekanisme pembelajaran asas pendidikan Islam kepada semua lapisan masyarakat dan semua peringkat usia

Smart Muslim(圖2)-速報App

Menarik minat masyarkat terutamanya golongan belia untuk mengikuti pembelajaran asas pendidikan Islam di masjid dan surau

Menyebarluaskan konsep dakwah melalui pembelajaran secara dalam talian

Aplikasi mudah alih ini akan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat dan peringkat umur bagi meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan penguasaan asas dalam pendidikan Islam.

Smart Muslim(圖3)-速報App

Kandungan aplikasi mudah alih Smart Muslim ini direka berdasarkan Kurikulum Kelas Pengajian Takmir Masjid dan Surau JAKIM serta mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Agama Peringkat Persekutuan di Malaysia dan diperakui dari segi kesahihan maklumatnya.

Aplikasi ini dibangunkan dengan memberi tumpuan kepada golongan belia sebagai kumpulan sasaran iaitu mereka yang terdiri daripada :

Smart Muslim(圖4)-速報App

Belia yang berminat mengikuti kelas pengajian masjid dan surau;

Belia yang tidak berkesempatan untuk mengikutinya;

Belia yang masih belum mempunyai minat untuk hadir ke kelas pengajian masjid dan surau.

Smart Muslim(圖5)-速報App

Bagi fasa yang pertama, pembangunan kandungan aplikasi ini merangkumi 5 tajuk bidang fiqh iaitu Bersuci, Solat, Qurban, Zakat dan Pengurusan Jenazah. Seramai dua orang Felo Penyelidik Fatwa JAKIM bertindak sebagai panel penilai bagi menyemak, menilai dan mengesahkan kesahihan kandungan aplikasi yang dibangunkan. Rujukan utama pembangunan kandungan aplikasi ini adalah :

Kitab Fiqh Al-Manhaji Mazhab Syafie published by JAKIM

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Al-Quran Translation) published by JAKIM

Smart Muslim(圖6)-速報App

“Kitab Hadis Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim” and “Kitab Sunnan Sittah” (Hadith References).

支援平台:iPhone, iPad